Syarat-syarat pennyertaan MCB 2010

05/01/2010 13:16

 

  1. Penyertaan terbuka kepada semua siswa-siswi yang mendaftar sebagai ahli kumpulan siswa-siswi Sabah di mana-mana universiti di Malaysia.

  2. Jumlah ahli bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada 10 orang dan tidak melebihi 15 orang.

  3. Setiap universiti hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan sahaja untuk bertanding.

  4. Setiap kumpulan hanya dibenarkan membuat persembahan selama 10 minit sahaja. Markah akan ditolak sekiranya lebih daripada masa tersebut.

  5. Kedudukan pemenang adalah berdasarkan kepada markah terkumpul daripada beberapa aspek penilaian juri.

  6. Kos untuk mendapatkan pakaian, peralatan yang digunakan dalam persembahan adalah tanggungjawab setiap persatuan

  7. Cabutan undi akan dijalankan pada 5 Febuari 2010.

  8. Persiapan pentas tidak melebihi 5 minit.

  9. Pertandingan akan bermula pada jam 9.00 malam

  10. Peserta hendaklah hadir 15 minit sebelum pertandingan pertama bermula

  11. Kategori utama yang dipertandingkan adalah Persembahan Terbaik. Selain itu, kategori Kostum Terbaik, Koreografi Terbaik dan Hadiah Khas Juri.

  12. Peserta perlu membuat persembahan  tarian berbentuk lakonan muzikal yg memperlihatkan keunikan adat resam kaum di sabah. (cth: adat perkahwinan disamping mempersembahkan tarian tradisional). Markah kreativiti akan diberi kepada kumpulan yang mengetengahkan lebih daripada 2 etnik dalam persembahan mereka

  13. Pakaian dan peralatan mestilah yang menepati tatasusila, adat resam dan budaya ketimuran. Persembahan mestilah yang tidak menyentuh peribadi seseorang, sensitiviti dan negatif serta menunjukkan aksi yang luar biasa atau keterlaluan.

  14. Setiap kumpulan dilarang menggunakan perlatan, bahan-bahan ( seperti gam, doublesided tape dan lain-lain), haiwan atau seumpamanya yang boleh mencemarkan dan mengotorkan pentas dan dewan serta mengganggu perjalanan tatacara pertandingan. Jika berlaku demikian maka kumpulan tersebut akan dipertanggungjawabkan dan penyertaannya akan terbatal.

  15. Setiap kumpulan diwajibkan menghadiri raptai pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Pengerusi persembahan mempunyai hak untuk menegur persembahan peserta yang melanggar peraturan.

  16. Peserta persembahan hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dibuat oleh pihak penganjur

  17. Jika sesuatu perkara timbul dan tidak termaktub di dalam syarat-syarat pertandingan  Malam Citrabayu, maka Jawatankuasa Induk berhak membuat keputusan dan keputusannya adalah muktamad.

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.